Monday, November 28, 2011

KREATIVITI DAN ESTETIKA

Membina Bahan Dari Kotak Minuman



Objektif

Melalui aktiviti kraf, kanak-kanak

1. Berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat menyiaplkan kraf dan menggunakannya
untuk bermain kerana bermain merupakan aktiviti bekerja dalam kehidupan harian kanak-kanak.

2. Menggunakan bahan terbuang secara kreatif dan boleh digunakan sebagai bahan
permainan dan pembelajaran.

3. Meningkatkan kemahiran kraf seperti menggunting, melipat, menampal, dan
mengikat.

4. Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan alat-alat yang digunakan untuk aktiviti kraf seperti pelbagai fungsi dan car menggunakan gunting, cara menjaga keselamatan, dan menyimpannya dengan betul.

5. Memantapkan nilai-nilai murni seperti menerima dan membaiki kesilapan,
bekerjasama, tolong ,menolong, berkongsi alat dan bahan serta idea.

6. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan guru, rakan dan orang dewasa semasa menerang dan membincangkan sesuatu idea dan aktiviti yang dibuat.

Cadangan Perlaksanaan Aktiviti

Guru dicadangkan supaya dapat menyedia dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang selesa dan seronok. Mengikut kajian, apabila manusia berasa seronok melakukan sesuatu, mereka akan dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan kreatif.

A. Sebelum Aktiviti

1. Sediakan contoh bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

2. Sediakan ruang aktiviti, Pastikan kanak-kanak boleh nampak guru dengan jelas.

3. Sediakan alat dan bahankraf yang akan digunakan.

4. Cuba buat dahulu supaya guru mahir sebelum mengajar

5. Sediakan palastik atau bekas sampah berdekatan dengan kanak-kanak.

6. Sediakan meja khas atau ruang letak atau pamer hasil bahan.

B. Semasa Aktiviti

1. Tunjukkan contoh kraf yang akan dibuat.

2. Tunjuk cara membuat langkah demi langkah diikuti oleh kanak-kanak.

3. Terangkan dan tunjukkan cara menggunakan alatan bahan dengan betul.

4. Terangkan peraturan keselamatan dan kebersihan.

5. Beri peluang kanak-kanak mereka cipta atau mencuba sesuatu yang baru.

6. Jika ada yang tidak boleh buat atau tidak mahu buat, jangan dipaksa. Beri
peluang mereka cuba lagi.

7. Bantu yang kurang mahir, tetapi bukan membuat untuknya.

8. Tegur dan perbaiki kesilapan secara lembut dan baik.

9. Jangan kritik hasil kerja kanak-kanak sebaliknya beri idea jika perlu.

10. Jika aktiviti secara kumpulan, bimbing, pantau, dan buat bersama kanak-kanak.

11. Beri peluang kanak-kanak bermain dengan hasil kraf yang mereka buat.

12. Kraf ini mudah rosak. Jika rosak semasa bermain, baiki jika boleh.



C. Selepas Aktiviti

1. Jika aktiviti sesuatu projek, simpan dahulu hasil kraf yang belum disiapkan.

2. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan.

3. Bilang bersan kanak-kanak bilangan alat seperti gunting yang akan disimpan
supaya mencukupi.

4. Beri tugasan dan giliran membersihkan kelas dan mengemas ruang aktiviti.

5. Beri peluang kanak-kanak melihat hasil kerja rakan-rakan mereka.

6. Jika kraf yang digunakan untuk bermain tidak boleh digunakan lagi, hendaklah
dibuang dan jangan dibiarkan bersepah.


PROJEK 1...MEMBUAT KERUSI DAN MEJA


Bahan-bahan yang diperlukan

1. 3 biji kotak minuman ( pelbagai saiz )
2. Gunting

3, Pisau

4. Stapler


Cara-cara membuat kerusi 1




1. Potong bahagian bawah kotak minuman.




2. Buka bahagian atas kotak minuman.



3. Gunting sebahagian di keempat-empat penjuru kotak.



4. Contoh kotak setelah digunting.



5. Gunting di bahagian atas, kiri, dan kanan kotak minuman.


6. Gunting sedikit pada bahagian atas di kiri dan kanan seperti dalam gambar.


7. Lipat kotak minuman. Gunting separuh dari bawah di kiri dan kanan kotak untuk

membuat
kakii kerusi.


8. Gunting (putus) bahagian tengah. Ulang cara yang sama pada bahagian yang
lain.


9. Kaki kerusi yang sudah di buat.


10. Lipat bahagian atas (kiri dan kanan) ke dalam.


11. Kemaskan lipatan.


12. Lipat bahagian atas (hadapan) ke dalam.


13. Tandakan bahagian hadapan kotak yang lebih.


14. Lipat lebihan kotak ke luar.


15. Lipat semula ke dalam.


16. Selitkan lebihan yang dilipat tadi ke dalam.


17. Tolak bahagian atas (belakang) ke dalam.


18. Lipat dan selitkan ke dalam. Kemaskan.


19. Kerusi 1 sudah di hasilkan.




lihat seterusnya.....selamat mencuba