Wednesday, December 14, 2011

KREATIVITI DAN ESTETIKA SESI 3


MEMBUAT AYAM JANTAN DARI CAWAN KERTAS

Bahan-bahan :


1. 1 biji cawan kertas berukuran 6.5cm x 7.5 c

2. Stapler

3. Pen marker

4. Gunting


Cara-cara membuat


1. Gunting 1/2 di kiri dan kanan pada bahagian atas cawan kertas.


2. Gunting ukuran yang sama kepada lapan guntingan pada 1 bahagian cawan
kertas.


3. Gunting serong ke bawah di kiri dan kanan bahagian cawan yang tidak digunting.


4. Bahagian bawah dilipat ke dalam seperti dalam gambar.


5. Bahagian atas dilipat ke luar.


6. Cantumkan untuk dijadikan paruh ayam.


7. Kemaskan lipatan dan cantumkan dengan stapler.


8. Lurut ke arah luar pada lapan bahagian guntingan tadi.


9. Lukis corak pada bahagian ekor. Lukis mata dan paruh ayam.


10. Hasil kerja yang siap. Letakkan telur ayam di dalamnya.


MEMBUAT ARNAB DAN LEMBU DARI CAWAN KERTAS

Bahan-bahan

1. 2 cawan kertas berukuran 6.5cm x 7.5 cm (arnab)

2. 2 cawan kertas berukuran 6.5 cm x 7.5 cm (lembu)

3. Pita pelekat

4. Pen marker

5. Bateri terpakai

6. Stapler

7. Gunting

Cara-cara membuat Arnab


1. Gunting 1/3 daripada cawan kertas

.

2. Gunting di kiri dan kanan kelengkung ke atas dan tidak putus.


3. Bahagian telinga arnab yang telah dibentuk.


4. Bulatkan pada hujung kiri dan kanan telinga arnab.



5. Tolak bahagian yang tidak digunting ke dalam.


6. Lipat telinga ke dalam cawan.


7. Ratakan lipatan.


8. Lipat semula ke atas supaya telinga melengkung keluar.


9. Tampal dengan pita pelekat seperti dalam gambar.


10. Lukis mata dan hidung. Lekatkan kepala arnab pada cawan kertas yang lain
dengan stapler.


11. Lekatkan pita pelekat pada bateri.


12. Lekatkan bateri ke bahagian bawah cawan kertas supaya arnab dapat duduk.



13. Betulkan kedudukan arnab supaya tidak mudah bergolek.


Cara-cara membuat Lembu



1. Gunting sedikit bahagian atas cawan kertas.



2. Gunting bentuk sama untuk tandul 1/3 saiz cawan di bahagian kanan dan kiri.


3. Gunting dua garisan lurus di sudut yang digunting di bahagian kanan.


4. Gunting cara yang sama di bahagian kiri.



5. Guntingbentuk separuh bulatan di bahagian kiri dan kanan.


6. Lipat ke dalam bentuk melengkung dan jadikan tanduk. Ratakan lipatan.


7. Lipat ke luar bentuk separuh bulat di kiri dan kanan.


8. Tampal bahagian dalam tanduk dengan pita pelekat.


9. Lukis mata, hidung, mulut dan tanduk lembu. Ketepikan.


10. Gunting satu lagi cawan kertas dengan dua garisan dalam anggaran jarak 3 cm.


11. Tampalkan bateri terpakai di bahagian dalam bertentangan garisan yang digunting


12. Selitkan kepala lembu pada bahagian yang digunting.


13. Tolak ke dalam supaya kukuh dan lukiskan corak pada badan lembu.


14. Arnab dan lembu siap dan main bersama di padang.

Saturday, December 10, 2011

KREATIVITI DAN ESTETIKA SESI 2


MEMBUAT ARNAB DAN KATAK DENGAN MENGGUNAKAN

KOTAK MINUMAN


Bahan-bahan

1. Kotak minuman

2. Pelekat kertas warna putih

3. Gunting

4. Pen marker

Cara-cara Membuat


1. Buka bahagian atas kotak minuman


2. Gunting bahagian atas kotak minuman seperti dalam gambar.


3. Gunting tepi kotak minuman secara menegak ( dua bahagian sahaja digunting
bertentangan )

4. Contoh kotak minuman yang telah digunting.



5. Tolak ke luar bahagian dalam kotak minuman.


6. Pegang bahagian bawah dan tolak perlahan-lahan.


7. Ulang cara yang sama pada kepingan yang seterusnya.


8. Pegang bahagian dalam dan tolak perlahan-lahan.


9. Tekan bagi memudahkan kotak minuman dibentuk.


10. Kemaskan bentuk kotak minuman.


11. Tekan bahagian bawah kotak minuman mengikut satu garisan yang bertentangan.


12. Satu bahagian ditolak ke atas dan satu bahagian ditolak ke bawah.


13. Lipat dan gunting 3/4 saiz kotak pada satu bahagian sahaja.


14. Gunting secara melintang, tetapi tidak putus.


15. Buka lipatan dan lipat bahagian bawah ke belakang.


16. Cantumkan kiri dan kanan lipatan tersebut.


MEMBUAT ARNAB



1. Lukis telinga arnab pada bahagian yang dilipat dua. Guntingkan


2. Gunting mengikut garisan yang dilukis di sebelah lipatan sahaja.


3. Bahagian atas yang digunting, ditekap pada bahagian sebelah lipatan.


4. Gunting mengikut bentuk yang sama.


5. Contoh telinga arnab yang telah digunting.


6. Kemaskan bentuk muka arnab.


7. Gunting pada bahagian tengah telinga arnab.


8. Gunting di bahagian kiri dan kanan untuk membentuk telinga arnab.


9. Contoh telinga arnab setelah digunting.


10. Lukis dan tampalkan mata arnab.


11. Masukkan tangan dari bahagian bawah. Pegang dan gerakkan mulut arnab.


MEMBUAT KATAK


1. Lukis bentuk muka dan mata katak.


2. Gunting mengikut garisan yang dilukis.


3. Buangkan kotak pada bahagian atas mata katak.


4. Masukkan tangan dari bawah. Pegang dan gerakkan mulut katak.


5. Hasil kerja telah siap. Melalui teknik yang sama. hasilkan haiwan lain dengan membezakan teknik menggunting di bahagian telinga.